Monday 24 December 2012

Wasiat al-Muhaddith Shah Waliyullah ad-Dehlawi rahimahullahu ta'ala.

Wasiat al-Muhaddith Shah Waliyullah ad-Dehlawi rahimahullahu ta'ala.


1- Janganlah kamu bergaul dengan orang kaya melainkan kerana maslahah agama.


2- Jauhilah golongan sufi yang jahil, 'abid yang jahil, ulama' yang tidak mempunyai sifat zuhud, muhaddith yang zahiri yang memusuhi feqah, dan mereka yang melampau dalam ilmu kalam dan penggunaan akal sehingga merendahkan perkara yang manqul.


3- Dekatilah golongan alim yang sufi, yang tidak memandang dunia, yang selalu berzikir kepada Allah swt, yang cintakan sunnah.


4. Janganlah mentarjihkan mana-mana mazhab fuqaha' ke atas yang lain seperti Hanafi lebih sunnah daripada Syafie. Ikutilah pendapat sarih yg muwafaqah dengan sunnah (bagi muhaqqiq yang alim dan mahir tentang sanad dan matan hadith) 


5. Jauhilah daripada mentarjihkan mana-mana tariqat ke atas yang lain seperti tariqat Naqshabandi lebih dekat kepada sunnah jika dibandingkan dgn tariqat-tariqat lain, tariqat sekian lebih afdhal daripada tariqat sekian dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment