Saturday, 1 December 2012
Ikhwanul Muslimin, Perintis Gerakan Islam Dunia...
Ikhwanul Muslimin, Perintis Gerakan Islam Dunia...
Menurut sejarah,apa yang berlaku selepas perang dunia pertama, penjajah negara Barat 'menyerang' negara Mesia sebagai pusat tumpuan ilmu serta peniggalan ramai para rasul dan nabi. Kebangkitan nasionalisme berlaku di seluruh dunia kerana pembebasan negara Mesir, dan mencapai kemuncak apabila berlakunya penggiulingan Khalifah Islam Othmaniyyah di Turki oleh tokoh sekular Turki, Mustafa Kamal Attartuk. Mustapa Kamal Attartuk adalah orang yang bertanggungjawab menyebarkan fahaman beliau ke seluruh dunia, tidak ketinggalan ke negara mesir.
Hassan al-Banna menubuhkan Jamaah Ikhwanul Muslimin ekoran daripada pemerhatian beliau berkaitan kejahilan umat Islam kepada agama meraka. Ikhwanul Muslimin ditubuhkan pada tahun 1928, sebaik sahaja beliau keluar dari Darul Ulum, pusat pengajiannnya di Ismailiah. Hal ini berbeza dengan pemimpin-pemimpin Islam yang terkenal seperti Jamaluddin al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh, dan Sayyid Rashid Ridha, ynag lebih mengutamakan penulisan dan dakwah dalam aktivitinya.
Ikhwanul Muslimin menaikkan semangat jihad dengan cara menggalakkan para pemuda Islam melakukan latihan menguatkan tubuh badan sebagai persediaan perang. Akhirnya, mereka menubuhkan unit tentera mereka sendiri bagi mempertahankan perjuangan apabila diperlukan. Sheikh Hassan al-Banna berkali-kali mengajak orang kampung supaya berjihad menumpaskan penjajah British, dan menghalau mereka selama-lamanya dari mesir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment