Wednesday 26 December 2012

PROF. DR. SHEIKH MUHAMMAD ALI AS-SOUBUNI @ MELAKA

    SEBAR-SEBARKAN......

SAMBUTAN TAHUN BARU 2013 BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS

Mohon kerjasama daripada semua kawan-kawan untuk tolong SEBAR / KONGSI / SHARE kan PROGRAM ini di WALL dan TIMELINE Facebook kawan-kawan yang lain sebab maklumat ini tidak akan disiarkan oleh UTUSAN, RTM dan TV3.

Tips-tips ingin berjumpa Nabi Muhammad s.a.w








Tips-tips ingin berjumpa Nabi Muhammad s.a.w 

1) Kisah benar seorang yg soleh yg masih hidup kini, dikurniakan pada berjumpa Nabi s.a.w di mimpi tiap2 malam,namun sudah 2 malam tdk berjumpa..namun brjmpa kembali lalu Baginda Nabi s.a.w mengkhabarkn bahawa orang itu sebelum ini ada melihat seorang pembaca berita yg tidak bertudung, lalu terhijab dari melihat Nabi s.a.w di mimpi beliau.

2) Seorang penuntut ilmu di mesir yang bertalaqqi dengan para masyaikh di sana,beliau istiqamah berselawat sebanyak 12,000 kali dan dikurnia beliau sering kali berjumpa dgn Nabi s.a.w secara yaqazah.

3) Diceritakan oleh Sheikh Dr Usamah iaitu Dr Sheikh Ali Jumuah dpt bertemu Nabi s.a.w di dalam mimpi setelah beliau mengkhatamkan 40 buah kitab tentang Nabi s.a.w..

4) Baca selawat ummiy 500 kali tiap2 hari,dan 1000x pada hari jumaat.

5) Nasihat Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam, amalkan selawat al-'azimiyah (ada dlm kitab zikir bekal akhirat )

6) Jika telah di amal kesemua amalan2 namun masih x dikurnia, 3 kemungkinan baginya iaitu tidak berbuat baik kepada ibu&bapanya, tidak berbuat baik kepada gurunya, atau ada simpan kitab2 yang menghentam para wali Allah...

KEYPOINTS ,mafhum kalam.

:: Lazimi selawat,jangan kurang 300x setiap hari pesan Al Habib Munzir Musawwa jika susah nak khatamkan selawat baca zikir Subhanallahi wabihamdih 100x terlebih dahulu.

:: Jaga pandangan ,jangan memandang perkara maksiat yg boleh mencemarkan kesucian hati.Pasti yg diplilih ALLAH untuk memandang Kekasih yg suci adalah mata yg suci juga.

:: Dikalangan hambanya ada manusia yang dikunjungi Nabi,ada yg mengunjungi Nabi.Beruntungnya mereka yg dikunjungi Nabi saw. Banyakkan baca sirah Nabi.To love is to know first.

:: Jaga adab dgn ibu bapa,guru2,ulama',ahlul Quran juga.Khidmat dgn mereka.

:: Teringat pesanan seorang sheikh,orang yg benar2 mencintai dan dicintai Nabi pasti akan bermimpi dan jumpa Rasulullah saw.

''Ya,Allah...perlihatkan kami wajah NabiMU dalam mimpi atau jaga''

~TALAQQI UIAM,GOMBAK USTAZ MUHADIR HAJI JOLL 25/12/2012

Tuesday 25 December 2012

Orang yang paling dibenci syaitan....


org yg paling dibenci syaitan ialah

:: Rasulullah saw
:: pemuda yg mengabdikan diri kepada Allah, menuntut ilmu..::: org alim, alim dgn ilmu agama..bukan sekadar beribadah shj
:: org warak(buat perkara disuruh, tinggal perkara dilarang), :: ::: org yg bersuci,sentiasa ada wudhuk padanya
:: org faqir yg sabar yg tak pernah mengeluh akan kesusahannya dan kesulitannya
:: org kaya yg bersyukur..mengeluarkan duit pada tempatnya..::: semua amalan yg dapat menyakitkan iblis.

Monday 24 December 2012

Wasiat al-Muhaddith Shah Waliyullah ad-Dehlawi rahimahullahu ta'ala.

Wasiat al-Muhaddith Shah Waliyullah ad-Dehlawi rahimahullahu ta'ala.


1- Janganlah kamu bergaul dengan orang kaya melainkan kerana maslahah agama.


2- Jauhilah golongan sufi yang jahil, 'abid yang jahil, ulama' yang tidak mempunyai sifat zuhud, muhaddith yang zahiri yang memusuhi feqah, dan mereka yang melampau dalam ilmu kalam dan penggunaan akal sehingga merendahkan perkara yang manqul.


3- Dekatilah golongan alim yang sufi, yang tidak memandang dunia, yang selalu berzikir kepada Allah swt, yang cintakan sunnah.


4. Janganlah mentarjihkan mana-mana mazhab fuqaha' ke atas yang lain seperti Hanafi lebih sunnah daripada Syafie. Ikutilah pendapat sarih yg muwafaqah dengan sunnah (bagi muhaqqiq yang alim dan mahir tentang sanad dan matan hadith) 


5. Jauhilah daripada mentarjihkan mana-mana tariqat ke atas yang lain seperti tariqat Naqshabandi lebih dekat kepada sunnah jika dibandingkan dgn tariqat-tariqat lain, tariqat sekian lebih afdhal daripada tariqat sekian dan sebagainya.

Sunday 23 December 2012

TANGISANKU KERNA TIDAKKU TEMUI RASULULLAH S.A.W

TANGISANKU KERNA TIDAKKU TEMUI RASULULLAH S.A.W 

Terdapat seorang seorang wanita kelihatan menangis disisi ka'abah lalu ditegur oleh seorang lelaki untuk menanyakan masalah yang dihadapi oleh wanita tersebut ; Lelaki : Assalamualaikum,wahai saudari? Wanita :Waalaikumussalam... Lelaki : Apakah yang menyebabkan kamu menangis dirumah Allah ini? Adakah kamu kehilangan anakmu? Wanita : Tidak benar katamu itu. Lelaki : Ataupun kamu kehilangan suamimu? Wanita : Juga tidak Lelaki : Ataupun juga kamu kehilangan ayahmu? Wanita : Itu juga bukan sebab tangisku ini. Lelaki : Jadi,apakah masalah yang kamu hadapi sekarang? Agar dapatlah aku membantumu. Wanita : Tangisanku ini bukanlah disebabkan aku kehilangan anakku atau suamiku mahupun ayahku sekalipun,tangisku ini kerna 3 hari tidak aku bertemu Rasulullah dalam mimpiku. Lelaki : Subhanallah(terkejut)!!! Adakah sebelum ini kamu selalu bermimpi bertemu baginda? Wanita : Ya. Lelaki : Apakah amalanmu sehinggakan setiap hari kamu bermimpi bertemu baginda? Wanita : Tiadalah amalanku yang lebih baik melainkan hanya beristiqomah dalam mengerjakan pekara fardhu serta aku sentiasa berselawat kepada baginda. -Diceritakan oleh Sheikh Habib Ali bin Abu Bakar ibn Sheikh Abu Bakar bin Salim (Tarim,Yaman) ketika Majlis Lantunan Mahabbah Rasulullah S.A.W.

Saturday 22 December 2012

HEBAHAN HABIB SYECH 'LIVE' @ KL....

 
ASSALAMUALAIKUM... DIMINTA KEPADA SEMUA UNTUK MENGHEBAH-HEBAHKAN IKLAN INI...

Friday 21 December 2012

9 Keutamaan hari jum'at menurut ajaran islam yang perlu anda ketahui.

 9 Keutamaan hari jum'at menurut ajaran islam yang perlu anda ketahui.


1. Hari Terbaik

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah saw, bersabada: "Hari terbaik dimana pada hari itu

matahari terbit adalah hari Jum'at. Pada hari itu Adam diciptakan, dimasukkan surga serta

dikeluarkan darinya. Dan kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jum'at


2. Terdapat Waktu Mustajab untuk Berdo'a.

Abu Hurairah RA berkata Rasulullah saw bersabda: " Sesungguhnya pada hari Jum'at terdapat waktu

mustajab bila seorang hamba muslim melaksanakan shalat dan memohon sesuatu kepada Allah

pada waktu itu, niscaya Allah akan mengabulkannya. Rasululllah saw mengisyaratkan dengan

tangannya menggambarkan sedikitnya waktu itu (H. Muttafaqun Alaih)

Ibnu Qayyim Al Jauziah - setelah menjabarkan perbedaan pendapat tentang kapan waktu itu -

mengatakan: "Diantara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan

dalam banyak hadits yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya shalat. Kedua,

sesudah Ashar, dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi (Zadul Ma'ad Jilid

I/389-390).


3. Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.

Ibnu Qayyim berkata: "Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan sedekah pada enam hari lainnya

laksana sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya". Hadits dari Ka'ab z

menjelaskan: "Dan sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya".(Mauquf Shahih)


4. Hari tatkala Allah l menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di Surga.

Sahabat Anas bin Malik RA dalam mengomentari ayat: "Dan Kami memiliki

pertambahannya" (QS.50:35) mengatakan: "Allah menampakkan diri kepada mereka setiap hari

Jum'at".


5. Hari besar yang berulang setiap pekan.

Ibnu Abbas RA berkata : Rasulullah SAW bersabda:

"Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi ummat Islam, maka siapa yang hendak

menghadiri shalat Jum'at hendaklah mandi terlebih dahulu." (HR. Ibnu Majah)


6. Hari dihapuskannya dosa-dosa

Salman Al Farisi RA berkata : Rasulullah saw bersabda: "Siapa yang mandi pada hari Jum'at, bersuci

sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, mengoleskan parfum, lalu berangkat ke masjid, dan

masuk masjid tanpa melangkahi diantara dua orang untuk dilewatinya, kemudian shalat sesuai

tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, niscaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jum'at".

(HR. Bukhari).


7. Orang yang berjalan untuk shalat Jum'at akan mendapat pahala untuk tiap langkahnya, setara

dengan pahala ibadah satu tahun shalat dan puasa.

Aus bin Aus RA berkata: Rasulullah saw bersabda: "Siapa yang mandi pada hari Jum'at, kemudian

bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf terdepan kemudian dia diam, maka setiap

langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan shalat selama satu tahun, dan itu adalah hal

yang mudah bagi Allah". (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, dinyatakan shahih oleh Ibnu Huzaimah).


8. Wafat pada malam hari Jum'at atau siangnya adalah tanda husnul khatimah, yaitu dibebaskan

dari fitnah (azab) kubur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Amru RA, bahwa Rasulullah saw bersabda:"Setiap muslim yang mati pada

siang hari Jum'at atau malamnya, niscaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur". (HR.

Ahmad dan Tirmizi, dinilai shahih oleh Al-Bani).


9. Hari paling utama di dunia

Ada beberapa peristiwa yang terjadi pada hari jum’at ini, antara lain:

• Allah menciptakan Nabi Adam ‘alaihissallam dan mewafatkannya.

• Hari Nabi Adam ‘alaihissallam dimasukkan ke dalam surga.

• Hari Nabi Adam ‘alaihissallam diturunkan dari surga menuju bumi.

• Hari akan terjadinya kiamat.

• Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Hari

paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari jumat, pada hari itu Adam diciptakan,

dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam surga, serta diturunkan dari surga, pada hari itu

juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin

shalat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)

Thursday 20 December 2012

Ulama' ahlul bait..

Ulamak2 ahlul bait (keturunan nabi s.a.w) ibarat PERAHU. Siapa yang menaiki perahu itu pasti ia akan berjaya didunia dan diakhirat [hadis nabi]

Haram ....


Ustaz Abdullah B. Zulkifli

 Anak kepada Tuan Guru Zulkifli B. Ismail.. Ustaz Abdullah B. Zulkifli,,walaupun usia nya baru 18 tahun,tetapi beliau sangat alim dalam bidang fekah..beliau mengajar kan kitab risalah jamiah kepada pelajar-pelajar daurah dan pelajar-pelajar yang baru di pondok.. Insya-Allah,beliau akan berangkat ke Yaman untuk meneruskan pengajian.. Doakan beliau....

Tuan Guru Zulkifli B. Ismail B. Muhammad



Tuan Guru Zulkifli B. Ismail b. Muhammad merupakan seorang tuan guru yang berkecimpung dalam mengajarkan ilmu di sebuah pondok di Melaka.. Beliau amat dikasih,dihormati dan disayangi oleh kebanyakan anak muridnya... Semasa beliau mengajar,para pelajar memberikan perhatian yang penuh.. Ada kalanya beliau amat tegas dan serius semasa mengajar kerana membingkan soal ketauhidan kepada Allah... beliau amat mahir dalam bidang tauhid...




jumaat...


    para pelajar bersalaman dengan tuan guru... kesibukan ini pada hari jumaat,sayyidul aiyam..

Ustaz Shauqi B. Ismail.






                         Walaupun hujan,pelajar tetap menjemput ustaz di kereta,,sungguh beradab..



                        Berjalan menuju ke tempat kuliah...






Ada kalanya beliau menyelitkan lawak jenaka dalam pengajian..



Gaya serban beliau seperti Al-Habib Umar Hafidz...






Daurah Kubra @ Pondok Baitul Qurro',Melaka..

 

Bismillahirrohmanirrohim....

Satu kenangan yang sangat indah dengan menyertai Daurah kubra ini... dapat bergambar bersama-sama pelajar daurah.. turut bersama disitu Al-Fadhil Al-Mukarram Tuan Guru Shauqi B. Ismail,aidik kpd Al-Fadhil Al-Mukarram Tuan Guru Zulkifli B. Ismail.. Tuan guru Sauqi sangat alim dalam ilmu bidang fekah.. beliau mengajar kitab safinatunnaja kepada pelajar-pelajar daurah.. tuan guru shauqi belajar di hadramaut,yaman selama 7 tahun..maka tidak hairanlah mengapa beliau sangat alim dalam bidang fekah..

Peringatan Ulama' Besar Syria..





Tazkirah pagi dengan peringatan dari Ulama' besar Syria,Prof Dr Sheikh Muhammad Ali As-Soubuni Ketua Ikatan Persatuan2 Ulama Syria..Memetik ucapannya "Orang mukmin wajib memilih pemimpin yg akan melaksanakan islam dan diyakini dapat menjaga agama"Beliau turut menyeru agar org yg beriman di Malaysia tekun bekerja bagi menguatkan islam serta memastikan org beriman terpilih sebagai pemimpin utk memimpin.katanya lagi.."Allah tidak akan mensia2kan kerja buat islam dari kalangan lelaki dan perempuan beriman"....Renung renungkan....



Monday 3 December 2012

ERATKAN SILATURAHIM DAN JANGAN MEMUTUSKANNYA


Eratkan Silaturahim dan Jangan Memutuskannya..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim
Riwayat: Riwayat al-bukhari

Huraian Hadith:
i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.
ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.
iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.
iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

Sunday 2 December 2012

Renungan

♥ Ada masanya, kita perlu DUDUK SENDIRIAN BERSEORANGAN sambil merenung langit.. MEMIKIRKAN diri sendiri, hala tuju kehidupan. Mengingati DOSA-DOSA lalu yang belum diampuni.. Mungkin masa ini BUKAN untuk MENCARI CINTA.. Tetapi masanya untuk MEMPERBAIKI CINTA pada ALLAH ♥

mencintai dan membenci...

Al-Hassan al-Basri berkata:"bersederhanalah dalam mencintai, dan tidak melampaui dalam membenci.Ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci.Dan ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci." (Riwayat al-lBaihaqi)

Pakaian iman Dan Taqwa

Jadikanlah iman dan taqwa sebagai pakaian kita di dunia agar, pakaian dari syurga yang membaluti kita di akhirat kelak.." "Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dan tidak pernah tertidur walau sedetik pun. Setiap amal perbuatan kita akan dihitung walau sebesar zarah sekalipun" Semoga kita berada di dalam golongan hambanya yang tidak pernah alpa mengingatiNya.."

Menyatakan Kebenaran Walaupun Pahit

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyakan biarpun pahit. Islam telah menyediakan garis panduan dalam membuat teguran. Niat kita menegur seseorang itu mestilah betul, demi kebaikan orang itu dan bukannya bertujuan menjatuhkannya, menghina, menunjukkan keaibanatau apa-apa jua niat buruk, Elakkan “memilih bulu” apabila ingin menegur; jika orang itu kita tidak suka, jangan pula kita biarkan sahaja walaupun dia patut ditegur.

Sebelum kita membuat teguran atas apa jua alas an, tiga factor tersebut perlu diambil kira:

1. Tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur.

2. Waktu yang sesuai untuk menegur.

3. Memahami kedudukan orang yang ditegur

Cara kita menegur juga perlu berhikmah. Kita bukan sengaja mencari-cari kelemahandan menegur seseorang. Teguran mestilah kena pada tempat dan masanya.

Firman Allah yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah al-Nahl 16: 125)

Maksiat Merosakkan Akal

‎"Sesungguhnya maksiat itu merosakkan akal. Pada akal itu ada cahaya, dan maksiatlah yang akan menyebabkan cahaya itu terpadam. Bila cahaya telah terpadam, maka lemahlah dan semakin berkuranglah fungsi akal."


[Ibn Qoyyim Al-Jauziyah, Ad-Da' Wa Dawa']

Nikmat Sahabat soleh...



"nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah dia bersungguh-sungguh."- Saidina Umar al - Khattab.

Kaum Hawa




Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Saturday 1 December 2012

Ikhwanul Muslimin, Perintis Gerakan Islam Dunia...


Ikhwanul Muslimin, Perintis Gerakan Islam Dunia...

Menurut sejarah,apa yang berlaku selepas perang dunia pertama, penjajah negara Barat 'menyerang' negara Mesia sebagai pusat  tumpuan ilmu serta peniggalan ramai para rasul dan nabi. Kebangkitan nasionalisme berlaku di seluruh dunia kerana pembebasan negara Mesir, dan mencapai kemuncak apabila berlakunya penggiulingan Khalifah Islam Othmaniyyah di Turki oleh tokoh sekular Turki, Mustafa Kamal Attartuk. Mustapa Kamal Attartuk adalah orang yang bertanggungjawab menyebarkan fahaman beliau ke seluruh dunia, tidak ketinggalan ke negara mesir.

             Hassan al-Banna menubuhkan Jamaah Ikhwanul Muslimin ekoran daripada pemerhatian beliau berkaitan kejahilan umat Islam kepada agama meraka. Ikhwanul Muslimin ditubuhkan pada tahun 1928, sebaik sahaja beliau keluar dari Darul Ulum, pusat pengajiannnya di Ismailiah. Hal ini berbeza dengan pemimpin-pemimpin Islam yang terkenal seperti Jamaluddin al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh, dan Sayyid Rashid Ridha, ynag lebih mengutamakan penulisan dan dakwah dalam aktivitinya.

             Ikhwanul Muslimin menaikkan semangat jihad dengan cara menggalakkan para pemuda Islam melakukan latihan menguatkan tubuh badan sebagai persediaan perang. Akhirnya, mereka menubuhkan unit tentera mereka sendiri bagi mempertahankan perjuangan apabila diperlukan. Sheikh Hassan al-Banna berkali-kali mengajak orang kampung supaya berjihad menumpaskan penjajah British, dan menghalau mereka selama-lamanya dari mesir.


♥ KESAN DIBERI MINUM OLEH BAGINDA RASULULLAH SAW ♥

Ibnu Mulqandi dalam kitab '' AL-Hada'iq '' menyebut bahawa Abdullah Ibnu Salam telah berkata : '' Aku telah mendatangi saudaraku Othman untuk mengucap selamat kepadanya.Bila bertemu beliau berkata : '' Selamat datang saudaraku.Aku telah melihat Nabi SAW di dalam mimpi.Baginda telah memberikan kepadaku bekas berisi air lalu aku minum sehingga puas dan sampai sekarang aku masih merasakan kesejukannya.''


Mendengar kisah itu aku pun bertanya : ''Dengan apakah engkau memperolehi anugerah nikmat ini?''


''Dengan banyak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.'' jelasnya.


Jom berselawat ♥♥♥


اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِÙ‡ وصحبِÙ‡ وسلِّÙ…

Sebelum tidur,.........




Peringatan:

Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.. 

32 rahsia israel yang belum diketahui banyak orang

32 Rahsia israel yang belum diketahui banyak orang

1. Tahukah anda bahwa selain bangsa yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?


2. Tahukah anda bahwa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestina yang terlahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin?


3. Tahukah anda bahwa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi?


4. Tahukah anda bahwa Jerusalem bahagian timur, Tepi Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat internasional khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel?


5. Tahukah anda bahwa Israel menggunakan 85% air bersih hanya untuk ras yahudi dan membagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?


6. Tahukah anda bahwa Amerika mengalolasikan 5 juta US$ dari penghasilan pajaknya setiap tahunnya untuk menyumbang Israel?


7. Tahukah anda bahwa Amerika terus memberikan bantuan militer kepada Israel sebesar 1,juta US$ setiap tahunnnya? Dan tahukah anda bahwa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua benua Afrika?


8. Tahukah anda bahwa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 Juta US$ dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Dan karena Amerika merupakan Negara koalisi utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua fasilitas yang diminta Israel untuk menjamin eksistensinya.


9. Tahukah anda bahwa pemerintah Amerika telah menekan Konggres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan?Khususny a pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklir pada tahun 1981.


10. Tahukah anda bahwa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklir? Dan menolak Tim Investigasi PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklirnya?


11. Tahukah anda bahwa sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki pabrik pengembangan senjata nuklir?


12. Tahukah anda bahwa Perwira Tinggi Israel di Departemen Perang mengakui secara terang-terangan bahwa militer Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan?


13. Tahukah anda bahwa Israel meledakan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967? Walaupun serangan itu menewaskan 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahwa tentara Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?


14. Tahukah anda bahwa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi DK PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?


15. Tahukah anda bahwa pemerintah Israel menggunakan system politik konservasi terhadap identitas ras yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?


16. Tahukah anda bahwa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tersangka dalam kasus pembantaian Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang menewaskan lebih dari 1000 orang Palestina terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?


17. Tahukah anda bahwa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentara Israel menyuruh para buruh Palestina yang sedang menunggu bus di sebuah halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembaki mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahwa pemerintah Israel menyatakan tentara itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?


18. Tahukah anda bahwa sampai tahun 1988, semua pabrik dan kantor di Israel hanya boleh menempelkan keterangan lowongan kerja dengan perkataan: "lowongan kerja hanya untuk ras yahudi", "dicari seorang karyawan dengan syarat ras yahudi"?


19. Tahukah anda bahwa Departmen Luar Negeri Israel membayar 6 peruhaan media Amerika untuk memunculkan image positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropa?


20. Tahukah anda bahwa Sharon mengajak Partai radikal Molodeit untuk menjadi koalisi utama dalam kabinetnya? Padahal partai itu beridiologi radikal dengan persepsi pokok membesihkan Israel dari non ras yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestina dari Israel?


21. Tahukah anda bahwa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh ras arab dari Israel?


22. Tahukah anda bahwa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pendiri Partai Syas (partai terbesar ketiga di Israel) mendukung aksi militer Israel untuk menghabisi warga Palestina? bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel: "Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Karenanya dilarang semua ras yahudi untuk memberikan rasa kasih saying kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembakan rudal dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabisinya, karena mereka itu makhluq yang jahat dan terkutuk"……


23. Tahukah anda bahwa pengungsi Palestina terbesar di dunia?


24. Tahukah anda bahwa penduduk Kristen Palestina bersatu dengan penduduk Palestina muslim untuk melawan penjajah yahudi?


25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyiksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Intelejen Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestina dalam proses pemeriksaannya?


26. Tahukah anda bahwa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merusak seluruh sarana dan prasara pendidikan penduduk Palestina, tetapi penduduk Palestina tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doctor (S3)? Hal ini apabila dilihat dari jumlah prosentase penduduknya.


27. Tahukah anda bahwa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM internasional yang diterbitkan pada tanggal 10 Desember 1948? Tetapi tahukah anda bahwa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestina? karena dihalangi dengan ditandatanganinya kesepatakan OSLO?


28. Tahukah anda bahwa mayoritas buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, justru Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tepi Barat? Tetapi mereka mengatakan bahwa serangannya itu adalah serangan untuk

menjaga diri dan antisipasi?


29. Tahukah anda bahwa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konsvensi Jenewa untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga sipil Palestina?


30. Tahukah anda bahwa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh militer Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang militer Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi militer Israel terus menyerang, menembaki rakyat sipil Palestina dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembantaian tiga wanita Palestina, padahal mereka sedang berada dalam tenda pengungsiannya?


31. Tahukah anda bahwa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?


32. Tahukah anda bahwa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahwa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti kondisi Afrika Selatan sebelum ia pimpin?


       SAVE PALESTINE!!!!!!

hebahan kuliah dhuha...


Hebahan Kuliah Maghrib..


LATEST: kunjungan HABIB ALI ZAENAL 'ABIDIN AL HAMID 

di Surau At Taqwa, Surau At-Taqwa Seksyen 7 PKNS (Shah Alam) 

adlh pd Isnin 3 DISEMBER 2012 (k Mgrib)! 

Harap Maklum & pohon hebahkan!

Friday 30 November 2012

Ulama' Sunnah bidas Ulama' Syiah...


            Presiden Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan syiah,bertujuan untuk mengetahui perbezaan di antara mereka.

Kesemua Ulama' syiah menghadirkan diri,tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba lewat sedikit berbanding  Ulama' sunnah yg lain.

Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengetepikan kasutnya di celah lengannya.

Ulama' syiah memandang kehairanan sambil berkata, "kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"

Ulama' Sunnah itu menjawab, "saya terdengar bahawa semasa zaman Rasullullah S.A.W, Syiah gemar mencuri kasut"

Ulama' syiah menjawab " mana ada syiah semasa zaman Rasullullah S.A.W"

Ulama sunnah seraya berkata "jadi perdebatan kita telah tamat. kesimpulannya dari mana datangnya agama kamu?"

-Syeikh Ahmad Deedat-


   

Tidak Pandai Menilai Al-Quran....




        " Orang yang tidak pandai menilai Al-Quran adalah seperti kanak-kanak yang malas sekolah kerana tidak pandai menilai sijil "


                                                   - Tuan Guru Nik Abdul Aziz B. Nik Mat

Pak Cik Buta.....

              

                KISAH SOHIH....

Muazzin sudah habis melafazkan iqomah,solat fadhu maghrib berjemaah akan didirikan. Pandangan ku ke arah seorang pak cik,ada seorang ahli jemaah menuntunnya untuk berbaris dalam barisan saf solat. Mengapa pak cik itu dituntun ke barisan saf solat??? Rupa-rupanya,pak cik itu merupakn seorang yang buta,seorang pak cik yang ditarik nikmat penglihatan. Sudah beberapa kali aku dapati pak cik tersebut hadir dlm solat maghrib dan isya' secara berjemaah di masjid. Cuba kita renung-renung kan... Seorang yg buta pn boleh hadir dalam solat jemaah di masjid,kita yang celik, yg masih ada nikmat penglihatan pn liat2,malas2 nak hadir solat jemaah di masjid... sementara Allah bagi nikmat yang ada ini,gunakan lah sebaik-baiknya. SOLAT JEMAAH MENYATUPADUKAN UMMAH...  JOM SOLAT JEMAAH...

Lirik Qosidah Ya Hanana

minta disebar-sebarkan.....






Jom Sokong Islam




   Amalkan Islam dalam kehidupan seharian......

Apakah Tuntutan Allah?

Tuntutan yang Allah mahu adalah,mendaulatkan hukum-Nya,meletakkn kalimh-Nya yang paling tinggi melebihi segala-galanya.


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayt 30..

maksudnya:

" Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: " Sesesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. "

       Khalifah mengikut tafsirn ulama'2 Ahli as-sunnah wa al-jamaah adalah:

Maksudnya: " Melaksanakan agama dan mentadbir bumi berdasarkan agama"

                    Melaksanakan agama dan mentadbir bumi dgn agama merupakan tuntutan Allahyg wajib dilasanakan oleh semua manusia yg berkuasa. Tindakan mendaulatkn Islam di bumi Allah, merupakan tindakan dalam menunaikan perinth Allah.

                   Tidak ada gunanya manusia itu berada di bumi, tetapi dalam masa yang sama tidak berusaha mendaulatkan agama. Bahkan, lebih biadap apabila manusia itu menjadikan pemikiran selain Islam sebagai asas perjuangan.

Maut

" Sama ada kita setuju atau tidak,kita mesti mati, Ambo tidak takut sangat hok mati tu, tapi apa yang ambo takut sangat ialah apa yang akan berlaku sesudah mati. Ia berkait rapat dengan bekalan yang dibawa semasa hudup sebelum mati." 

                  - Tuan Guru Nik Abdul Aziz B. Nik Mat