Saturday, 1 December 2012

♥ KESAN DIBERI MINUM OLEH BAGINDA RASULULLAH SAW ♥

Ibnu Mulqandi dalam kitab '' AL-Hada'iq '' menyebut bahawa Abdullah Ibnu Salam telah berkata : '' Aku telah mendatangi saudaraku Othman untuk mengucap selamat kepadanya.Bila bertemu beliau berkata : '' Selamat datang saudaraku.Aku telah melihat Nabi SAW di dalam mimpi.Baginda telah memberikan kepadaku bekas berisi air lalu aku minum sehingga puas dan sampai sekarang aku masih merasakan kesejukannya.''


Mendengar kisah itu aku pun bertanya : ''Dengan apakah engkau memperolehi anugerah nikmat ini?''


''Dengan banyak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.'' jelasnya.


Jom berselawat ♥♥♥


اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

No comments:

Post a Comment