Sunday, 2 December 2012

Menyatakan Kebenaran Walaupun Pahit

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyakan biarpun pahit. Islam telah menyediakan garis panduan dalam membuat teguran. Niat kita menegur seseorang itu mestilah betul, demi kebaikan orang itu dan bukannya bertujuan menjatuhkannya, menghina, menunjukkan keaibanatau apa-apa jua niat buruk, Elakkan “memilih bulu” apabila ingin menegur; jika orang itu kita tidak suka, jangan pula kita biarkan sahaja walaupun dia patut ditegur.

Sebelum kita membuat teguran atas apa jua alas an, tiga factor tersebut perlu diambil kira:

1. Tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur.

2. Waktu yang sesuai untuk menegur.

3. Memahami kedudukan orang yang ditegur

Cara kita menegur juga perlu berhikmah. Kita bukan sengaja mencari-cari kelemahandan menegur seseorang. Teguran mestilah kena pada tempat dan masanya.

Firman Allah yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah al-Nahl 16: 125)

No comments:

Post a Comment